fbpx

Penduduk Kampung Kusial Bharu sepakat bersihkan kawasan sekitar kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN penduduk yang terlibat dalam program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kedai di Kampung Kusial Bharu, Tanah Merah baru-baru ini.

PRIHATIN. Seramai 200 penduduk Kampung Kusial Bharu, Tanah Merah, Kelantan terlibat dalam program gotong-royong membersihkan kawasan kampung terutamanya di sekitar premis kedai baru-baru ini.

Wakil peserta, Mohd. Zamani Abd. Latif berkata, program bertemakan ‘Gotong-Royong : Kebersihan & Keceriaan Kedai Kusial’ itu diadakan sempena cuti Hari Malaysia selain untuk membendung penularan wabak penyakit dan denggi.

Katanya, aktiviti sedemikian sering dianjurkan terutamanya di sekitar kawasan perkuburan dan masjid, namun kali ini kawasan kedai menjadi pilihan.

“Kampung ini sering dikunjungi pelancong untuk ke Jambatan Guillemard yang menjadi destinasi menarik bagi Jajahan Tanah Merah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI