KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini mengumumkan Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim kembali dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad hoki wanita kebangsaan dengan kontrak selama dua tahun.
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal membuat keputusan itu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan Pasukan Kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Sebagai rekod, Nasihin yang pernah bersama skuad wanita dari 2011 hingga 2015 akan mengisi kekosongan tempat ditinggalkan bekas ketua jurulatih Malaysian Tigress sebelum ini, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.
habis