fbpx

Kenta, Sanggyun JBJ95 sakit mental akibat buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENTA (kiri) dan Sanggyun,

AGENSI Star Road Entertainment akan mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menulis komen melampau terhadap kumpulan JBJ95.

Dua anggota kumpulan itu iaitu Kenta dan Sanggyun berdepan banyak komen jelek netizen dalam internet termasuklah gangguan seksual, fitnah dan pencerobohan privasi.

“Sejak kebelakangan ini, artis naungan kami banyak berdepan perkara jelek menerusi mesej dalam media sosial.

“Antaranya khabar angin tidak betul, serangan peribadi, pencerobohan privasi, fitnah, gangguan seksual, mengejek bentuk fizikal dan banyak lagi,” tulis agensi.

Demi melindungi artis naungan daripada terus menerima layanan teruk netizen, agensi berjanji akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana individu yang terlibat secara langsung dengan perbuatan buli siber.

“Sehingga hari ini, kami masih mencari dan menyimpan bukti berkaitan kes berkenaan. Semua bukti akan diteliti dengan baik sebelum diberikan kepada pihak berkuasa,” jelasnya agensi dalam satu kenyataan.

Tindakan tersebut dibuat ekoran Kenta dan Sanggyun kini terjejas mental dan kesihatan yang merudum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI