fbpx

Frontliner inspirasi kisah benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN produksi Frontliner. - SHIDDIEQIIN ZON

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia telah memberi inspirasi kepada produksi D’Alphalegacy (M) Sdn. Bhd. untuk menerbitkan naskhah yang memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan negara atau popular disebut ‘frontliner’.

Naskhah genre filem televisyen yang diberi tajuk Frontliner tersebut diarahkan oleh sutradara berkaliber Razif ‘Ajiboy’ Rashid membariskan nama-nama besar industri seperti Beto Kusyairi, Azhan Rani, Emma Maembong, Farah Ahmad dan Achey.

FILEM televisyen Frontliner mendedikasikan karya berkenaan sebuah penghargaan buat barisan petugas barisan hadapan negara dalam menentang Covid-19.

Mendapat inspirasi daripada kisah benar, karya berkenaan bakal memperlihatkan sisi lain petugas barisan hadapan apabila mereka berdepan konflik keluarga di luar waktu bertugas.

Mewakili rumah produksi D’Alpahlegacy, A’minahtul Marrdiah yang juga bertindak sebagai penulis skrip naskhah berkenaan menjelaskan, selaku pemain baharu dalam industri kreatif tanah air, pihaknya amat teliti dalam mengatur strategi penerbitan.

“Baginya, penonton kini bijak menilai karya berkualiti dan terbaik lebih-lebih lagi sudah ada lambakan pilihan kandungan dalam pelbagai platform digital.

“Frontliner bakal menjadi titik tolak permulaan yang positif buat kami.

“Kami juga sedia maklum bahawa kekuatan sesebuah kandungan diukur bukan sahaja berdasarkan kualiti produksi yang bermutu tinggi serta naratif penceritaan kuat, bahkan harus disokong dengan kehadiran pelakon yang mampu menghidupkan karakter,” katanya sewaktu pelancaran Frontliner di Hartamas baru-baru ini.

Tambah Ainul, pemilihan pelakon untuk Frontliner sebenarnya diputuskan semasa awal penulisan ditulis kerana sudah membayangkan setiap karakter watak dalam imaginasinya.

ACHEY (kiri sekali) bersama Azhan Rani, dan Beto yang membintangi naskhah Frontliner.

Cabaran

Sementara itu, Achey yang menjayakan Inspektor Nasir menyifat penghayatan karakter serius tanpa elemen komedi lakonannya dalam Frontliner sangat mencabar.

Kata Achey, pada mulanya dia agak skeptikal untuk memberikan persetujuan mengenai tawaran watak tersebut kerana tidak yakin mampu menjadi seorang yang serius dalam lakonan.

Namun selepas dipujuk pengarah, Achey akhirnya meluahkan kesediaan. Dia juga tidak mahu menghampakan harapan penerbit yang menaruh keyakinan terhadap bakatnya.

“Agak susah untuk saya melakonkan watak Inspektor Nasir kerana dia seorang yang sangat serius sepanjang masa dan apabila berdepan dengan konflik, karakternya menjadi lebih tegang.

“Saya beruntung kerana berpeluang berlakon di samping Wan Maimunah yang membawakan watak ibu kepada Inspektor Nasir. Dia banyak mengajar saya cara untuk menjiwai watak,” ujar pelawak berusia 34 tahun penuh makna.

Frontliner dijangka bakal bersiaran menerusi Astro First Eksklusif menjelang Oktober ini.

Butiran lanjut mengenai tarikh siaran dan cara-cara untuk melanggan naskah Frontliner akan dikemas kini dari masa ke masa.

KERJA keras kakitangan kesihatan yang berdepan komitmen tinggi dan kurang rehat sepanjang berjuang mencegah dan merawat pesakit Covid-19 antara adegan menyentuh hati yang dimuatkan dalam naskhah Frontliner.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI