fbpx

Duta Australia dikecam hebat makan spesies labi-labi terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PABLO memuat naik gambar hidangan labi-labi di laman sosial Twitter. – DAILY MAIL

LONDON – Duta Australia ke Kemboja menerima kecaman selepas berkongsi gambar beliau bersama hidangan labi-labi di akaun Twitter miliknya baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail

Diplomat tersebut, Pablo Kang didesak memohon maaf kerana berbuat demikian. Beliau memadam paparan berkenaan selepas dikecam bertubi-tubi.

“Saya sudah memadamkan ciapan hidangan labi-labi serta belut tempoh hari dan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung.

“Niat saya bukan mahu mempromosikan hidangan itu, tapi sekadar ingin memberitahu mengenai makanan yang dihidangkan kepada saya ketika lawatan ke daerah-daerah tertentu,” katanya.

Hidangan labi-labi gergasi Asia itu dianggap makanan berstatus tinggi masyarakat di rantau tersebut. Reptilia itu kini diancam kepupusan disebabkan aktiviti penangkapannya.

Menurut Pablo, beliau berjanji akan lebih berhati-hati ketika berkongsi gambar di laman sosial pada masa hadapan.

“Saya sememangnya tidak akan membiarkan spesies terancam dijadikan hidangan makanan atau tujuan lain dan akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan pada masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, tindakan Pablo mencetus kegusaran dalam kalangan pencinta haiwan berikutan kesan negatif yang boleh berlaku.

Semua spesies labi-labi di Asia Tenggara sekurang-kurangnya dikategorikan sebagai haiwan yang berisiko atau telah terancam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI