fbpx

Benteng pemecah ombak Pantai Morib pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Benteng pemecah ombak di Pantai Morib yang pecah dihempas ombak awal pagi tadi. Foto IHSAN UNIT BENCANA NEGERI SELANGOR

KUALA LANGAT – Benteng pemecah ombak di Pantai Morib pecah dihempas ombak di kawasan tersebut awal pagi tadi.

Benteng sepanjang kira-kira 10 meter itu dikesan pecah kira-kira pukul 6.50 pagi tadi.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Ahmad Fairuz Mohd. Yusof berkata, kejadian tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan limpahan air serta menjejaskan penempatan berhampiran pantai.

“Kerja-kerja baik pulih telah dijalankan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Orang ramai turut dinasihatkan menjauhi lokasi kejadian serta patuh arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Lima penduduk di lima daerah iaitu sekitar Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam akan berdepan fenomena air pasang besar bermula bermula esok hingga November ini.

Paras air laut di lima daerah itu dijangka akan berada pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter (m).

Unit Pengurusan Bencana Negeri menjangka kejadian itu berlaku antara jam 5 hingga 8 pagi pada 19 dan 20 September, 17 hingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI