fbpx

Bekas peguam didakwa lapan pertuduhan menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
N.G. Annie Maria (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban dekat sini atas lapan tuduhan menipu berhubung pengeluaran komisyen pelaburan.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

SEREMBAN – Seorang bekas peguam didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini, atas lapan tuduhan menipu seorang lelaki berhubung pengeluaran komisyen pelaburan.

Walau bagaimanapun, N.G. Annie Maria, 60, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Vanita Vasudevan dan Majistret Mahyun Yusof.

Menurut pertuduhan pertama hingga lapan, Annie Maria didakwa memperdayakan seorang lelaki berusia 59 tahun untuk memasukkan wang berjumlah keseluruhan RM57,300 ke dalam akaun miliknya.

Wang berkenaan kononnya sebagai bantuan untuk melakukan pengeluaran komisyen berjumlah RM4.36 juta di Bank Negara dan menjanjikan imbuhan untuk pertolongan berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan antara 9 Februari 2018 hingga 22 Februari 2019 di dua lokasi iaitu di Wisma TNB di Petaling Jaya, Selangor dan di Persiaran Seremban 3, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan dipenjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Peguam, M. Gobinathan merayu supaya tertuduh diberi jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya sudah lima tahun tidak bekerja dan perlu menanggung bapanya yang sudah tua.

Mahkamah menetapkan jaminan keseluruhan kes RM26,000 dan sebutan semula kes pada 1 Oktober ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, L. Rathna. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI