fbpx

Asam Pedas Premier intai peluang tembusi negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Asam Pedas Premier bercadang untuk meluaskan penguasaan pasarannya dengan membuka cawangan baharu di Brunei dan Indonesia menjelang tahun hadapan.

Pengarah Urusan syarikat, Azmi Ismail berkata, rancangan pengembangan tersebut, akan dilaksanakan melalui konsep francais selain membuka outlet sehingga 50 rangkaian di pasaran domestik dalam tempoh lima tahun akan datang

“Dalam masa terdekat ini, kami akan membuka dua cawangan baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama media di sini baru-baru ini.

Buat masa ini, syarikat memiliki lima cawangan yang mana empat daripadanya terdapat di Lembah Klang manakala satu di Pulau Pinang..

Azmi menjelaskan, pihaknya mendapat sokongan yang baik daripada pelanggan bukan Melayu yang mana 40 peratus daripadanya terdiri daripada bangsa Cina dan juga India,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Azmi menerangkan, restoran tersebut terkenal dengan menu asam pedas yang terdiri daripada pari, tenggiri dan ikan kembong selain dihidangkan bersama nasi putih, ulam, telur masin dan sambal belacan.

Selain itu, pengunjung juga boleh memilih menu makanan tradisional seperti lemak cili padi, ikan bakar, rendang dan kari serta lontong dan bakso.

Tambah beliau, 80 peratus daripada makanan di restoran berkenaan dibekalkan dapur berpusatnya dengan kawalan kualiti yang diperketatkan serta disahkan halal oleh Jakim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI