fbpx

95 kes positif, satu kematian di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini meningkat kepada 95 kes menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,147 kes.

Daripada jumlah tersebut, 91 kes adalah penularan tempatan dengan Sabah merekodkan jumlah tertinggi iaitu 90 kes manakala satu lagi kes di Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, 76 kes dilaporkan di Kluster Benteng LD, empat kes Kluster Pulau dan tiga kes Kluster Selamat.

Beliau berkata, kes di Sabah turut membabitkan tiga kes jangkitan pernafasan akut teruk di Hospital Lahad Datu serta dua kes saringan bergejala yang kini dirawat di Hospital Tawau.

“Negeri Sembilan turut melaporkan kes penularan tempatan membabitkan satu kes saringan Kluster Bunga,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, empat kes import membabitkan tiga kes pendatang asing tanpa izin dari Indonesia dan satu kes kru kapal China di Sabah.

Katanya, satu kes kematian turut dilaporkan hari ini membabitkan wanita warga Filipina berusia 50 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI