fbpx

101 ditahan ingkar arahan PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PUTRAJAYA – Sebanyak 101 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam termasuk 24 membabitkan ingkar arahan PKPD.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain termasuk tidak memakai pelitup muka (26), penjarakan fizikal (19), gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran pelanggan (13) dan pendatang asing tanpa izin (PATI) (10).

Turut ditahan masing-masing enam dan tiga tangkapan bagi kesalahan aktiviti di kelab malam dan premis beroperasi lebih masa.

“Daripada jumlah itu, seramai 86 individu dikenakan kompaun manakala 15 yang lain direman,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, Operasi Benteng pula berjaya melakukan tangkapan melibatkan 88 PATI, empat tekong dan satu penyeludup.

“Turut dirampas adalah lapan kenderaan darat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI