fbpx

Tiga sahabat maut dalam MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPV dinaiki mangsa ditemui di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh, Seberang Perai malam tadi.

SEBERANG PERAI – Tiga sahabat maut, manakala seorang lagi dilapor kritikal selepas dipercayai mengalami keracunan gas karbon monoksida di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berhenti di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Permatang Pauh di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ayuni Shazwanie Shabri, 21, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya di sini kira-kira pukil 1.40 pagi.

Seorang lagi mangsa Nor Adilah Mohd. Safwan, 21, dilapor meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak kira-kira pukul 4.20 petang tadi dan adik kembarnya, Nor Aqilah yang dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dilapor masih kritikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa dipercayai mengalami keracunan gas monoksida ketika MPV jenis Honda Odyssey yang dinaiki mereka berhenti di stesen minyak tersebut.

“Empat sahabat karib itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Petani, Kedah selepas berkunjung ke Pulau Jerejak (dekat sini).

“Mereka kemudiannya ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu yang enjinnya masih hidup dan pintu tertutup oleh bapa salah seorang mangsa yang pergi mencari kerana tidak pulang-pulang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Shafee lagi, pemeriksaan oleh seorang juruteknik kenderaan mendapati ada kebocoran pada ekzos MPV tersebut. – K! ONLINE

Habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI