fbpx

Sukan bola jaring ada peluang ke Sukan SEA Vietnam 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKAN bola jaring merupakan lubuk emas buat negara bahkan skuad Malaysia merupakan juara bertahan acara tersebut pada Sukan SEA.

PERSATUAN Bola Jaring Malaysia (PBJM) optimis sukan tersebut akan dianjurkan pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 meskipun sudah digugurkan oleh tuan rumah.

Setiausaha Kehormat PBJM, Zainon Md. Noh percaya, pe­luang cerah buat sukan itu disenaraikan pada Sukan SEA selepas empat negara termasuk Malaysia membuat rayuan.

Sebelum ini, sukan yang menjadi lubuk emas kontinjen negara itu digugurkan kerana tidak popular di Vietnam.

“Bola jaring masih belum dimasukkan dalam senarai sukan dipertandingkan pada Sukan SEA 2021. Bagaimanapun, peluang semakin cerah selepas Thailand, Singapura dan Brunei turut membuat rayuan.

“Saya berharap bola jaring dimasukkan ke Sukan SEA tahun depan kerana kita adalah juara bertahan. Malaysia bersama negara lain akan berusaha supaya bola jaring dianjurkan,” katanya ketika ditemui di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau juga mengakui Persekutuan Bola Jaring Asia (ANF) turut memainkan peranan bagi memastikan sukan itu dipertandingkan pada temasya sukan rantau Asia Tenggara tersebut.

“Memandangkan Presiden ANF dari Thailand, maka mereka turut membantu bagi memujuk Vietnam untuk memasukkan bola jaring dalam senarai sukan dipertandingkan.

“Sekiranya gagal, mungkin PBJM akan ketinggalan sedikit berbanding persatuan lain dari segi aktiviti serta peruntukan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI