fbpx

Prestasi enjin baharu resahkan Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO diberi kesempatan menguji jentera Yamaha M1 yang baharu menjelang aksi GP Emilia Romagna Ahad ini. – AFP

MISANO – Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Ra­cing (SRT), Fabio Quartararo me­nyertai pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi dan Maverick Vinales me­lakukan ujian terhadap casis, ­elektronik dan ekzos baharu jentera M1 kelmarin.

Dia mengakui gembira dengan komponen baharu yang diuji itu, namun masih belum berpuas hati terhadap prestasi keseluruhan terutamanya enjin.

“Satu ujian yang sangat positif kerana berpeluang mencuba beberapa bahagian serta elektronik baharu. Saya gembira tetapi bukanlah catatan masa terbaik untuk saya.

“Masih ada beberapa benda baharu yang akan diuji sebelum perlumbaan hujung minggu ini. Bagaimanapun, saya fikir tidak ada beza dari segi prestasi enjin berbanding sebelum ini,” kata Quartararo.

Pada masa sama, pelumba ke­lahiran Perancis itu menegaskan dia sedia untuk menyesuaikan diri dengan bahagian baharu jentera menjelang Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Litar Mi­sano Ahad ini.

“Kami masih mencuba yang terbaik kerana saya gagal untuk melakukan tunggangan sama seperti perlumbaan di Litar Je­rez. Saya sedang cuba menyesuaikan diri dengan jentera.

“Mungkin saya yang berdepan lebih banyak masalah berban­ding Maverick, Vale (Rossi) dan Franco (Morbidelli). Mereka juga berdepan masalah tetapi mereka lebih berpengalaman daripada saya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI