fbpx

Polis denda pemuda panjat tiang elektrik gara-gara pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Anggota ­polis ­mengarahkan seorang ­lelaki ­memanjat dan memeluk ­sebatang tiang elektrik kerana didapati tidak memakai pelitup muka, menurut laporan portal berita ­­Suara.com baru-baru ini.

Satu rakaman video yang ­tular menerusi laman sosial ­TikTok menunjukkan pemuda ­berkenaan ­dihukum di tempat awam kerana kesalahan itu.

Sambil memeluk tiang ­elektrik, pemuda itu juga diminta berjanji agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

“Saya berjanji dunia dan ­akhirat jika keluar rumah selepas ini, saya akan memakai pelitup muka. Jika berbohong, saya akan diambil tindakan tegas,” kata ­lelaki itu.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan awam Alun-Alun ­Talaga, Kabupaten Majalengka di Jawa Barat, Indonesia dan ­menerima pelbagai reaksi ­netizen yang geli hati terhadap hukuman luar biasa itu oleh anggota polis ­berkenaan.

“Pengajaran yang digunakan cukup unik dan diharap pemuda itu benar-benar insaf,” kata ­seorang netizen.

Ada segelintir netizen ­mengkritik tindakan anggota ­polis itu kerana dia turut ­didapati tidak memakai pelitup muka dengan sempurna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI