fbpx

MPK sedia hadapi fenomena air pasang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan parit di Kampung Tok Muda, Kapar yang telah diperluaskan sebagai langkah persediaan menghadapi fenomena air pasang besar yang kemungkinan akan melanda selama dua hari bermula Sabtu ini. Foto: Zulfadhli Zaki

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG- Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap siaga bagi menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dalam daerah Klang pada Sabtu dan Ahad ini.

Yang Dipertuanya, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 10 lokasi kawasan berisiko tinggi berlakunya kejadian itu dengan air dijangka naik sehingga 5.8 meter.

“Mesyuarat jawatankuasa infrastruktur dan kemudahan awam berkaitan fenomena air pasang besar telah diadakan pagi tadi dengan semua pegawai telah diarahkan bersiap sedia bagi
menghadapi fenomena tersebut.

“Kita juga akan mengerahkan seberapa banyak anggota dalam memudahkan segala urusan berkaitan termasuk pemindahan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program sesi temuduga petugas penyelia dan pembanci peringkat Klang di Dewan Serbaguna Telok Gong, di sini hari ini.

Jelas Ahmad Fadzil, pihaknya juga telah menyediakan lima pusat pemindahan kepada penduduk yang akan terjejas nanti.

“Sekiranya diminta berpindah, saya harap pihak penduduk akur dengan arahan yang diberikan demi keselamatan mereka dan keluarganya,” tegasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI