fbpx

Lelaki maut terjun jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua nelayan membawa mangsa ke tebing sungai untuk mendapatkan bantuan di Kampung Bakar Batu, di sini pagi tadi.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Usaha dua nelayan yang cuba menyelamatkan seorang lelaki yang disyaki terjun dari jambatan Permas Jaya, dekat sini, hari ini gagal apabila mangsa ditemui mati lemas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS menerima panggilan pada pukul 10 pagi bahawa terdapat seorang lelaki berusia 26 tahun bertindak terjun jambatan ke dalam Sungai Plentong.

Katanya, pengadu tersebut yang berada di tempat kejadian menjerit meminta tolong setelah ternampak mangsa terkapai- kapai di dalam sungai itu dan hampir lemas.

“Jeritan itu didengari oleh dua orang nelayan dari Kampung Bakar Batu yang berada berhampiran lalu bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa berjaya dibawa naik dan ditarik ke dalam perahu lalu dibawa ke tebing sungai sebelah Kampung Bakar Batu bagi mendapatkan bantuan susulan.

“Pihak Bomba Johor Bahru bersama anggota ambulan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang sampai ke lokasi kejadian cuba memberi bantuan tetapi mangsa gagal di selamatkan. Anggota perubatan sahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata, siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Barang berharga mangsa tidak hilang dan berada dalam kereta yang berada di atas jambatan,” katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI