fbpx

Keluarga cari pesakit mental hilang sejak setahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Keluarga kepada seorang pesakit mental yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu masih tidak menemui sebarang petunjuk untuk mengesan jejak lelaki itu.

Zahari Mustafa, 45, dikatakan keluar dari rumah keluarganya di Pengkalan Chepa di sini pada Julai tahun lepas dan sehingga sekarang masih tidak pulang.

Adik mangsa, Fikri Mustafa, 37, berkata, abangnya itu keluar sehelai sepinggang dan hanya membawa sedikit wang ketika itu.

“Keluarga bimbang tentang keadaannya kerana sehingga sekarang masih tidak pulang ke rumah.

“Pada bulan lepas, adik saya ternampak dia berada di sekitar Kota Bharu, namun selepas dimaklumkan ahli keluarga kami keluar mencarinya tetapi tidak menjumpainya.

“Saya akui abang ada mempunyai masalah mental tetapi dia tidak pernah bertindak di luar batasan. Kebiasaannya, dia akan pulang ke rumah jika keluar,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Menurut Fikri, keluarga sudah mencari Zahari di merata tempat malah turut bertanyakan kepada saudara mara sekiranya ternampak abangnya itu.

Katanya, abangnya juga tidak sempat bertemu ayah mereka Mustafa Husin yang sudah meninggal dunia selepas beberapa minggu dia keluar rumah pada tahun lepas.

Menurutnya, laporan juga sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada 12 Julai tahun lalu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau terjumpa Zahari boleh menghubungi talian 013-985 8263. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI