fbpx

Empat PATI ditangkap disyaki positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan seorang anggota perubatan sedang memasuki Balai Polis Pandamaran, Klang di sini hari ini.

KLANG – Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan ketika menyusup masuk ke perairan Pulau Ketam, Sabtu lalu disyaki positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pengesahan tersebut hasil ujian saringan awal terhadap 77 PATI yang ditahan dan ditempatkan di Balai Polis Pandamaran.

“Mereka yang disyaki positif itu melibatkan tiga lelaki dan seorang perempuan berusia 25 hingga 47 tahun.

“Keempat-empat PATI itu telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, ujian saringan kedua akan dilakukan dalam menentukan sama ada mereka positif Covid-19 atau tidak.

Kosmo! kelmarin melaporkan cubaan 77 pendatang asing tanpa izin ( PATI) Indonesia termasuk tekong menyusup masuk negara ini secara haram gagal selepas dicekup dalam Op Benteng Laut Unit Tindakhas di perairan Pulau Ketam, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 7.10 malam itu, kesemua yang ditahan berusia setahun hingga 58 tahun yang menaiki tongkang daripada Tanjung Balai, Indonesia. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI