fbpx

Azroy harap tuah litar Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZROY yakin meraih keputusan positif menjelang saingan pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Terengganu Sabtu ini.

PELUMBA Idemitsu Yuzy Honda Racing, Azroy Hakeem Anuar mahu mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 menjelang saingan pusingan keempat di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Terengganu Sabtu ini.

Sebagai rekod, Azroy me­ngumpul 56 mata selepas mengharungi tiga perlumbaan manakala pencabar utama daripada pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, Mohd. Helmi Azman di kedudukan kedua dengan 50 mata.

Kata Azroy, kemenangan yang diraih di litar sepanjang 1.371 kilometer (km) pada tahun lalu telah memberi kelebihan buatnya dalam usaha mengulangi pencapaian sama pada musim ini.

“Saya akui gembira selepas menang tahun lalu di Terengganu yang mana litar itu telah memberi tuah buat saya. Namun, saya anggap kali ini adalah berbeza kerana strategi dan konsistensi pelumba memainkan peranan penting.

“Bagaimanapun, saya kini berada dalam keyakinan terbaik untuk meraih kemenangan selain prestasi jentera juga sangat cemerlang sejak beberapa perlumbaan lepas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Mohd. Shafiq Rasol mengungguli senarai pelumba bagi kelas pertengahan CP125 dengan 61 mata berbanding pencabar terdekat, Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md. Syafiq Rosli yang ketinggalan 10 mata.

Pelumba muda Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Rahimi Nabil Razu pula cemerlang mendahului kelas Wira KBS de­ngan 53 mata meninggalkan dua pelumba ONEXOX SAG Team, Md. Aeiman Hafidz Shahril dan Md. Norhakim M. Norhafizullah di kedudukan kedua dan ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI