fbpx

Aksi buku bertemu ruas di Stadium Bandaraya – Manzoor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANZOOR mahu para pemainnya mempertahankan kedudukan teratas Liga Premier bagi baki tiga perlawanan sahaja lagi.

PASUKAN Pulau Pinang percaya pertemuan menentang Kuala Lumpur dalam aksi Liga Premier di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu ini sebagai aksi buku bertemu ruas selain penentu­ kejuaraan liga musim ini.

Ketua jurulatihnya, Manzoor Azwira menganggap prestasi memuncak kedua-dua pasukan sejak aksi liga bersambung selepas berkongsi mata di tangga ter­atas sebagai petanda anak-anak buahnya perlu berwaspada de­ngan ancaman The City Boys.

“Kuala Lumpur adalah pasukan yang bagus dibawah bimbi­ngan jurulatih berkaliber seperti Nidzam Adzha yang telah membantu pasukan merekodkan kemenangan berturut-turut dalam liga ketika ini.

“Namun, prestasi pasukan kami juga pada tahap terbaik dan saya percaya kedua-dua pasukan memiliki peluang 50-50 kerana bukan mudah untuk Pulau Pinang meraih tiga mata penuh walaupun beraksi di laman sendiri.

“Apa yang pasti, jika kami berjaya merekodkan kemenangan, peluang untuk meraih slot auto­matik layak ke Liga Super tahun depan semakin cerah memandang­kan jurang mata dengan pasukan lain agak besar ketika ini,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Kumbang berada dalam pres­tasi terbaik selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut sejak saingan Liga Premier kembali pada penghujung bulan lalu selepas dihentikan enam bulan ekoran pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI