fbpx

Wanita maut van terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN jenis Ford Econovan yang dinaiki mangsa terbalik dalam longkang di Simpang Relai, Jalan Gua Musang-Kuala Berang malam tadi.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang pembantu peniaga pasar malam maut selepas van yang dinaikinya terbabas ke dalam longkang di Simpang Relai, Jalan Gua Musang-Kuala Berang di sini malam tadi.

Mangsa, Khadijah Mat Daud, 30, yang berasal di Kampung Kundur di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Bagaimanapun, pemandu van jenis Ford Econovan yang merupakan peniaga pasar malam tempat mangsa bekerja, Asri Asahan, 59, hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah malam ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Felda Aring ke Gua Musang.

Katanya, sebaik van dinaiki mangsa sampai di lokasi kejadian, van tersebut hilang kawalan sehingga terbabas sebelum terbalik masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan.

“Mangsa yang duduk di tempat penumpang hadapan dipercayai terhantuk dengan kuat dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Berdasarkan hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu van itu mengantuk selepas habis berniaga sehingga lewat malam,” katanya.

Tambah Mohd. Taufik, mayat mangsa di hantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikit Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI