fbpx

Prototaip pesawat V berjaya diterbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKIRANYA boleh dikomersialkan pesawat V mampu menerbangkan sehingga 314 penumpang.

MODEL prototaip kapal terbang Flying V telah berjaya dalam satu ujian penerbangan yang diadakan di sebuah pangkalan udara di Jerman.

Penerbangan sulung itu menggunakan pesawat model prototaip berskala 1/2O dengan lebar 10 kaki dan seberat 22 kilogram.

Pesawat berbentuk V tersebut telah dibangunkan di Universiti Teknologi Delft di Belanda dan disokong oleh syarikat penerbangan Belanda iaitu KLM.

Sekiranya berjaya untuk dikomersialkan, pesawat Flying V akan membawa sehingga 314 penumpang dalam satu-satu masa, termasuk beberapa penumpang akan ditempatkan di bahagian sayap.

“Salah satu kebimbangan kami tentang pesawat ini adalah kesukaran sewaktu berlepas.

“Pasukan kami akan menerbangkan pesawat prototaip ini secara optimum bagi membolehkan kami menangani masalah ini secara berperingkat,” kata ketua projek, Dr. Roelof Vos.

Sebelum ini, pesawat itu juga telah berjaya diterbangkan dalam penerbangan ujian di dalam terowong angin di Belanda.

Pesawat itu ketika diterbangkan bergoyang di kedua sisi dan menyebabkan pendaratan sedikit kasar.

Langkah seterusnya yang akan diambil oleh pasukan jurutera adalah menggunakan data yang dikumpulkan semasa penerbangan untuk model perisian aerodinamik pesawat.
Ini akan memungkinkan mereka untuk memprogramkannya ke dalam simulator penerbangan untuk digunakan dalam penerbangan ujian pada masa depan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI