fbpx

Perlu lebih banyak telaga tiub di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan, Che Abdul Rahman Jaafar.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kelantan memerlukan lebih banyak pembinaan telaga tiub dalam memastikan bekalan air sentiasa mencukupi melibatkan institusi pengajian tinggi, madrasah, sekolah, tempat pelancongan dan agensi kerajaan.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan, Che Abdul Rahman Jaafar berkata, sejak Januari lalu sebanyak lima telaga tiub telah digerudi di negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM500,000.

Katanya, dua telaga tiub itu dibina di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok, Bachok, Sekolah Kebangsaan (SK) Chantum, Bachok, Pejabat Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( Perhilitan) Kuala Koh, Gua Musang.

“Pembinaan lima telaga tiub telah siap sepenuhnya dan sekarang dalam proses menyediakan sistem rawatan air ringkas untuk dibekalkan kepada pengguna tersebut.

“Dengan adanya telaga tiub ia dapat menampung keperluan pengguna di kawasan terlibat ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak enam telaga tiub telah siap dengan jumlah peruntukan sama.

Katanya, setiap telaga tiub yang dibina dianggarkan menelan belanja antara RM60,000 hingga RM80,000.

“Masa yang diambil untuk menyiapkan telaga tiub selama tiga hingga empat minggu termasuk ujian pengepaman,” katanya.

Menurutnya, permintaan untuk membina telaga tiub juga meningkat pada setiap tahun selepas menerima sebanyak 16 permohonan pada tahun lepas manakala untuk Januari hingga kini sebanyak sembilan permohonan diterima.

Tambahnya lagi, sebarang permohonan mengenai telaga tiub boleh berurusan dengan JMG Kelantan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI