fbpx

Pengawal keselamatan maut, pokok hempap pondok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PONDOK keselamatan yang musnah akibat dihempap sebatang pokok tumbang di Taman Pelangi Indah, di sini hari ini.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan maut selepas pondok keselamatan didudukinya dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam satu kejadian di Taman Pelangi Indah, awal pagi hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Jasni Saidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.44 pagi.

Katanya, 13 pegawai dan anggota beserta dua jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang dikenali dikenali Amir Muhammad, 40, ketika itu sedang bertugas dan berada di dalam pondok keselamatan.

“Sebatang pokok yang berada berhampiran tumbang dan menghempap pondok tersebut. Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Jasni, pihaknya menggunakan peralatan gergaji untuk memotong pokok yang tumbang berkenaan bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya sambil memaklumkan operasi kemudian ditamatkan pada pukul 5.16 pagi.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI