fbpx

PATI guna kad pengenalan, pasport tidak sah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA jenis Proton Wira yang digunakan oleh ketiga-tiga suspek ketika ditahan anggota PGA Batalion 7 di Sekat Pintas Guchi, Rantau Panjang.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Taktik licik tiga wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand yang menggunakan kad pengenalan warga tempatan dan pasport tidak sah terbongkar apabila mereka ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 di Sekat Pintas Guchi, Bakong di sini pada malam kelmarin.

Ketiga-tiga wanita berusia antara 28 hingga 31 tahun itu ditahan ketika sedang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira selepas mereka masuk ke negara ini secara haram.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintanden Azhari Nusi berkata, anggotanya telah melakukan rondaan rutin di kawasan pangkalan haram Sotar, Bakong pada pukul 7.30 malam.

Menurutnya, melalui hasil intipan yang dijalankan, anggota PGA telah melihat dua wanita masuk ke negara ini secara tidak sah dengan menyeberangi Sungai Golok dengan perahu dari negara jiran.

“Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke negara ini, wanita itu terus menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai sedang menunggu kedua-dua suspek.

“Anggota PGA terus mengekori rapat sehingga berjaya menahan kenderaan itu di Sekat Pintas Guchi,” katanya.

Azhari memberitahu, anggota PGA telah meminta pemandu dan dua penumpang mempamerkan pengenalan diri.

Katanya, pemandu wanita dipercayai kenalan dua suspek itu telah menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu begitu juga dengan salah seorang penumpang turut mengemukakan dokumen sebagai warga tempatan.

“Seorang lagi suspek telah mengemukakan pasport sebagai warga negara Thailand. Hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut mendapati semua dokumen yang telah diberikan oleh ketiga-tiga suspek bukan milik mereka.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26(A) Akta Antipermerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI