fbpx

Lelaki maut kereta langgar tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Proton Iswara yang dipandu mangsa terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Seri Maju Machap, Kluang malam tadi. Foto IHSAN BOMBA

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Seorang lelaki mememui ajal apabila kereta Proton Iswara yang dipandunya gagal dikawal sebelum terbabas melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Seri Maju Machap malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa yang berusia 38 tahun maut di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Mustafa Yusof berkata, mangsa tersepit di tempat duduk dan pihaknya mengggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya.

“Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam dengan kekuatan sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Mangsa dikenali sebagai Norhaili Abu Main meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pembantu pengawai kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 11.17 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI