fbpx

Kenangan terakhir ibu, anak tawan puncak Bukit Senorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dinaiki mangsa terbalik dan remuk selepas terbabas di Kilometer 33 Jalan Simpang Kerayong-Mayam di Bera hari ini.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BERA – Pendakian seorang ibu bersama anaknya menawan puncak Bukit Senorang di sini menjadi kenangan terakhir mereka sebelum salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 33, Jalan Simpang Kerayong-Mayam di sini hari ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Siti Aida Syamimi Mahmud Fauzi, 10, yang berada di tempat duduk belakang bersama lima penumpang lain dalam perjalanan pulang menaiki kereta yang dipandu ibunya.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, dalam kejadian pada pukul 2.50 petang itu, mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Simpang Kerayong menghala ke Mayam.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat.

Mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI