fbpx

Kegiatan judi online disebalik kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyerbu sebuah kedai makan di Sungai Way yang dijadikan lokasi kegiatan judi online.

PETALING JAYA- Taktik licik sindiket judi online berselindung disebalik kedai makan dan minuman terbongkar selepas polis menahan tiga individu di Sungai Way di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, serbuan pukul 10.45 malam itu membabitkan tangkapan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 30 hingga 58 tahun.

“Ketika serbuan, dua lelaki tempatan sedang leka bermain judi online jenis Roulette dan Dolphine Reef,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan judi online sejak tiga minggu lalu yang dikendalikan oleh seorang wanita warga asing.

“Hasil maklumat itu, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan SS9A/2 di Sungai Way sebelum menahan suspek wanita berusia 30-an.

“Polis turut merampas telefon bimbit dan wang tunai dipercayai hasil judi online selepas menjumpai satu aplikasi permainan judi pada telefon bimbit wanita asing itu,” katanya.

Ketiga-tiga suspek direman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI