KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mengiktirafkan lesen memandu dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, lesen memandu itu tidak sah untuk digunakan dalam negara selaras dengan undang-undang yang ditetapkan.
Katanya, pihak JPJ akan menyemak gambar menunjukkan lesen UNHCR yang tular di media sosial itu palsu atau sebaliknya.
“Kita tidak iktiraf sebarang lesen dikeluarkan UNHCR dan lesen itu memang tidak boleh digunakan dalam negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu,sekeping gambar memaparkan lesen memandu pelarian lelaki warga Myanmar dikeluarkan UNHCR tular di Facebook. – K! ONLINE