fbpx

Datin ditahan eksploitasi gadis 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang Datin ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes mengeksploitasi pekerja warga asing bawah umur di rumahnya di Tropicana Garden, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Seorang pemilik pusat urut bergelar Datin ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes mengeksploitasi pekerja warga asing bawah umur.

Suspek yang berusia 42 tahun diberkas di rumahnya di Tropicana Garden di sini pada pukul 12.25 tengah malam semalam.

Tangkapan dibuat selepas polis menyerbu premis wanita itu di Damansara Utama di sini.

Menurut sumber, dalam ope­rasi itu, polis menahan enam wanita warga Mynamar dan Indonesia kerana tidak memiliki permit kerja dengan seorang da­ripada mereka berada di bawah umur iaitu 17 tahun.

Siasatan mendapati suspek mengekslpoitasi kesemua warga asing itu untuk bekerja sebagai tukang urut.

Hasil soal siasat, suspek me­ngaku menggajikan pekerja bawah umur sebagai tukang urut.

Tiga buah te­lefon bimbit dirampas bagi membantu siasatan.

Suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI