fbpx

Cadangan basikal berlesen tidak praktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hisham Abd. Halim

Oleh TOREK SULONG

KOTA BHARU – Rata-rata persatuan yang bernaung di bawah Kelab Berbasikal Kelantan menganggap cadangan pelaksanaan nombor plat dan lesen basikal sebagai tidak praktikal untuk dikuatkuasakan di negara ini.

Setiausaha Kelab Berbasikal Semerak, Wan Abdul Hisyam Wan Noh berkata, pelaksanaan lesen basikal dan plat pastinya membebankan rakyat terutamanya aspek pendaftaran yang akan akan melibatkan kadar bayaran.

Katanya, sebelum mengeluarkan cadangan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) seharusnya peka terhadap penggunaan basikal di negara ini yang melibatkan pelbagai kategori dan jenis.

“Pada saya, pendaftaran nombor plat dan lesen tidak perlu. Ia tidak releven untuk dilaksanakan di negara ini.

“Apa yang penting ialah penguatkuasaan peraturan untuk kayuhan di jalan utama dan lebuh raya. Pihak terbabit perlu tingkatkan usaha untuk mendidik kaedah kayuhan terutamanya dalam kalangan penunggang yang lebih selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi laporan muka depan sebuah akhbar tempatan hari ini berhubung cadangan Miros untuk melaksanakan penggunaan nombor plat dan lesen basikal dalam usaha menjamin keselamatan di jalan raya.

Sementara itu, anggota kelab Masjid Saidina Osman Cycling Club (MSOCC), Khairuddin Ibrahim, 39, berkata, dia berpandangan tiada keperluan mendesak untuk kerajaan menguatkuasakan peraturan itu buat masa ini.

“Cuma apa yang perlu adalah kerajaan membuat garis panduan dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan laluan khusus untuk aktivti berbasikal.

“Garis panduan ini penting apabila aktiviti berbasikal berlaku di laluan utama seperti di lebuh raya dan jalan raya utama sama ada ia dibenarkan atau sebaliknya,” katanya.

Tambahnya, kempen kesedaran dan keselamatan juga perlu ditingkatkan di samping mewujudkan laluan khusus untuk berbasikal atau aktiviti sukan yang berkaitan.

Dalam pada itu, Pengurus Kelab Berbasikal Darulnaim, Hisham Abdullah berkata, kajian yang dibuat seperti tidak tepat dengan keadaan sebenar di negara ini.

“Di Belanda, basikal yang memiliki nombor plat hanya basikal yang digunakan untuk masuk dalam bandar. Kajian yang dibuat perlu berpaksikan geografi tempatan.

“Apa kaitannya nombor plat basikal dengan keselamatan jalan raya?, “katanya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI