fbpx

Bukan aksi terbaik dipamer Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA berjaya meraih tiga mata pada aksi pertama EPL selepas menundukkan Brighton awal pagi semalam. – AFP

BRIGHTON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard menegaskan skuad kendaliannya masih belum menampilkan aksi terbaik biarpun menang 3-1 ke atas Brighton pada saingan Liga Perdana Ing­geris (EPL) di Stadium Amex awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, The Blues dilihat sukar untuk menembusi benteng pertahanan pasukan tuan rumah meskipun menurunkan dua pemain baharu, Timo Werner dan Kai Havertz.

Lampard berkata, mereka mungkin memerlukan sedikit masa lagi bagi memastikan semua pemain untuk mencipta keserasian, sekali gus menampilkan aksi lebih baik.

“Saya gembira dengan kerja keras serta disiplin yang ditunjukkan oleh semua pemain. Kami baru sahaja menjalani latihan penuh selama empat hari selain perlu menjalani kuarantin sebelum ini.

“Justeru, mengharapkan aksi sempurna pada perlawanan pertama bukanlah sesuatu yang mudah. Kami mungkin tercicir mata jika beraksi pada perlawanan seperti ini musim lalu,” kata Lampard.

Mengulas aksi Werner dan Havertz pada perlawanan tersebut, legenda Chelsea itu gembira apabila dua pemain Jerman tersebut berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan tempo Liga Perdana.

“Saya boleh lihat kualiti yang dimiliki Havertz dan Timo (Werner) pada perlawanan ini. Mereka bekerja keras sepanjang perlawanan selain banyak membantu barisan pertahanan,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI