fbpx

Air terjun Jeram Pasu ditutup sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANTAUAN berkala dijalankan bagi memastikan pengunjung tidak menceroboh kawasan rekreasi air terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kawasan rekreasi terkenal di daerah ini, air terjun Jeram Pasu di sini, ditutup buat sementara waktu kepada semua pengunjung untuk kerja baik-pulih yang berkuatkuasa semalam.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Abd. Pattah Hasbullah berkata, notis penutupan itu dipasang di laluan masuk selain memasang pita hadangan bagi memastikan lokasi itu tidak diceroboh pengunjung.

Menurutnya, kawasan itu perlu dikosongkan buat sementara bagi membolehkan kerja membaikpulih beberapa kerosakan dilaksanakan tanpa gangguan.

“Beberapa kerosakan yang membahayakan pengunjung sedang dibaiki antaranya keadaan kolam mandi yang retak.

“Papan lungsur juga didapati sudah rosak dan semua ini akan memberi risiko kepada pengunjung yang mandi di kawasan berkenaan, “katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abd. Pattah berkata, sekiranya pengunjung masih berdegil dengan menceroboh kawasan itu walaupun penutupan sementara telah diwartakan kerana ia merupakan kesalahan mengikut undang-undang kecil Majlis Daerah Pasir Puteh.

“Pengunjung yang degil boleh dikenakan kompaun dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Abd. Pattah berkata, MDPP juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh larangan yang telah berkuatkuasa.

Tambahnya, kawasan itu kini dipantau secara berkala oleh Unit Penguatkuasaan MDPP dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terutamanya pada hujung minggu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI