fbpx

42 pengedar, penagih dadah ditahan dalam Op Sarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN individu yang ditangkap dalam Op Sarang di sebuah rumah di Changkat Jering di Taiping semalam.

Oleh ASLIZA MUSA

TAIPING – Seramai 42 lelaki ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah melalui Op Sarang yang dijalankan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sekitar bandar raya ini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kesemua individu yang diberkas itu berusia antara 21 hingga 56 tahun dengan kebanyakannya adalah penganggur.

Katanya, dalam serbuan berkenaan, pihaknya juga berjaya menangkap empat tokan ketika mereka mahu menjual dadah di tiga lokasi yang digempur polis.

“Serbuan dijalankan ke atas tiga premis termasuk sebuah rumah di Changkat Jering yang menjadi tumpuan penagih dari kawasan sekitar.

“Sebanyak 2.6 gram (g) dadah jenis Heroin, 8.1g Syabu dan 2.3g Erimin 5 bernilai RM995 berjaya dirampas,” katanya.

Semua suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI