fbpx

Wanita pecah amanah tiru tandatangan pengarah syarikat dijel empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang bekas pereka grafik wanita yang pecah amanah lebih RM50,000 dengan meniru tandatangan pengarah syarikat, memakan diri apabila dia dihukum penjara empat tahun di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap tertuduh Syazana Saiful Bahari, 33, selepas wanita itu mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan yang disabitkan ke atasnya di hadapan tiga mahkamah berasingan.

Di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin dan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif, wanita itu dikenakan hukuman penjara setahun dua bulan bagi setiap enam pertuduhan.

Sementara di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Razali, tertuduh dihukum penjara empat tahun atas tiga lagi pertuduhan dan setahun dua bulan bagi tiga lagi kesalahan sama.

Kesemua hukuman itu diperintah berjalan secara serentak.

Mengikut pertama hingga ke-12, tertuduh diamanahkan dengan suatu harta iaitu wang berjumlah RM57,100 milik syarikat CIPS Creation Sdn. Bhd. tetapi telah menggunakannya untuk kegunaan sendiri.

Kesalahan itu dilakukan antara 12 September 2018 hingga 1 April 2019, mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Dalam prosiding itu Syazana yang tidak diwakili peguam manakala pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, llya Syaheedah Mohd Razif, Nur Fatin Mohamad Farid dan Pegawai Pendakwa, Nom Phot Prackdit.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI