fbpx

Sindiket Anton kaut untung RM1 juta palsukan cop tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee (tengah) menunjukkan sebahagian pasport yang dirampas daripada Sindiket Anton pada sidang akhbar di sini hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Kegiatan pasangan suami isteri warga Indonesia yang menjalankan pemalsuan cap Imigresen hingga mengaut keuntungan hampir RM1 juta akhirnya tumpas selepas diberkas Jabatan Imigresn Malaysia (JIM), semalam.

Beroperasi hampir dua tahun di premis sewa di Sungai Way, Petaling Jaya, sindiket itu dipercayai mengenakan bayaran RM150 hingga RM250 bagi setiap urusan.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, JIM telah membuat serbuan di dua buah premis di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor yang menjalankan aktiviti pemalsuan cap Imigresen.

Beliau berkata, sindiket yang didalangi lelaki berusia 38 tahun dikenali sebagai ‘Anton’ dan pasangannya berusia 32 tahun yang ditahan sepasukan pegawai Imigresen dari Bahagian Perisikan, Operasi Khas Analisa, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya, kira-kira pukul 7.45 malam.

“Hasil serbuan di premis pertama, pasukan operasi telah menemui 39 naskah pasport Indonesia, 12 naskah SPLP (Surat Perjalanan Laksana Pasport) Indonesia.

“Kedua-dua suspek adalah warganegara Indonesia dan dipercayai adalah dalang utama pemalsuan cap Imigresen sejak lebih dua tahun.

“’Sindiket Anton’ adalah rangkaian kepada ‘Sindiket Damrah atau Wak Jam’ yang telah ditumpaskan sebelum ini oleh Bahagian Perisikan, Operasi Khas & Analisa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, hasil siasatan awal ke atas ‘Anton’ telah membawa kepada serbuan di premis kedua dan pasukan operasi telah menemui pelbagai bentuk ‘rubber-stamp’ yang digunakan untuk membuat cap palsu Imigresen.

“Antara cap getah yang digunakan adalah untuk membuat cap keluar KLIA dan Stulang Laut, cap masuk KLIA, Stulang Laut, Tanjung Kupang dan Pelabuhan Melaka,” jelasnya.

Khairul Dzaimee berkata, modus operandi Sindiket Anton adalah dengan menyasarkan warganegara Indonesia yang memiliki pasport telah tinggal lebih masa di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia tanpa berhadapan tindakan oleh JIM.

“Mereka dipercayai mengenakan bayaran bagi setiap cap palsu Imigresen antara RM150 hingga RM250,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI