fbpx

Razlan puas Petronas Yamaha SRT dominasi San Marino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN SRT dan Petronas telah mengecap pelbagai kejayaan luar biasa sepanjang bersaing dalam MotoGP sejak tahun 2018.

AKSI mantap ditampilkan pasukan Malaysia pada Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano kelmarin nyata membuatkan prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali tersenyum lebar.

Beliau memuji aksi pelumbanya, Franco Morbidelli yang memenangi perlumbaan sulung dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apatah lagi melakukannya di laman sendiri.

Razlan juga percaya rakan sepasukan Morbidelli, Franco Quartararo akan kembali menggegar pada saingan minggu ini selepas gagal menamatkan saingan kelmarin.

“Franco memang berhak menang perlumbaan itu, lebih-lebih lagi selepas terjatuh pada GP Austria. Lebih manis, dia lakar kejayaan di laman sendiri.

“Situasi tidak diduga pula berlaku ke atas Fabio. Bagaimanapun, tidak mengapa kerana dia masih di kedudukan kedua senarai kejuaraan dunia,” kata Razlan.

Razlan juga memuji aksi tidak putus asa pelumba Moto3 pasukan Petronas Sprinta Racing, John McPhee yang berjaya memenangi perlumbaan meskipun bermula di petak ke-17.

Razlan turut kagum dengan semangat pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang beraksi penuh yakin biarpun baru menjalani pembedahan hujung bulan lalu.

“Selepas bergelut dalam beberapa perlumbaan, John (McPhee) akhirnya raih kemenangan pertama musim ini.

“Saya juga tahu tidak mudah untuk berlumba selepas pembedahan, namun Khairul tampilkan aksi terbaik dan yakin dia akan meningkat pada perlumbaan hujung minggu ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI