fbpx

Pusat hiburan tidak patuh SOP ditutup, lima individu dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis hiburan di Butterworth, Seberang Perai diberi notis tutup tujuh hari.

SEBERANG PERAI – Sebuah pusat hiburan di Butterworth di sini diberi notis penutupan, manakala lima pekerja dan pelanggannya dikompaun selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, tindakan itu dibuat selepas pihaknya mendapati pelbagai kesalahan dilakukan ketika operasi kira-kira pukul 11.30 malam.

“Mereka yang dikompaun adalah terdiri pelanggan dan pekerja lelaki berusia 29 hingga 41 tahun apabila didapati tidak mendaftar aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis itu.

“Premis itu turut diberi notis penutupan selama tujuh hari kerana tiada penjarakan fizikal, tidak mengambil suhu badan pelanggan, pekerja tidak makan pelitup muka dan tidak memuat turun aplikasi MySejahtera,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pada operasi yang disertai wakil Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu, lima premis hiburan lain turut dikenakan tindakan.

“Keseluruhannya dua pusat hiburan diberi notis penutupan, manakla sebuah lagi diberi amaran bertulis oleh KKM.

“Pihak MBSP mengeluarkan sembilan kompaun dan satu notis atas pelbagai kesalahan kepada premis berkenaan,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI