fbpx

Pengarah, anak, menantu direman bantu kes terima suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini. FOTO: FAISOL MUSTAFA

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Pengarah bahagian sebuah jabatan kerajaan bersama anak perempuan dan menantunya ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan daripada pemilik-pemilik bot nelayan.

Perintah tahanan reman di keluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret menetapkan ketiga-tiga tertuduh berusia antara 32 hingga 59 tahun itu direman bermula hari ini hingga 18 September depan.

Difahamkan, suspek disyaki menerima wang suapan bagi mempercepatkan siasatan dan rayuan untuk mengurangkan kompaun terhadap pemilik-pemilik bot nelayan.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta dan menerima suapan antara RM500 sehingga RM2,000 daripada pemilik-pemilik bot nelayan tempatan berkenaan yang kemudian didepositkan ke dalam akaun anak perempuannya itu.

“Wang suapan itu adalah balasan untuk mempercepatkan tindakan siasatan serta rayuan bagi mengurangkan kompaun terhadap pemilik-pemilik bot nelayan yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 supaya pemilik bot nelayan terbabit mendapat semula bot-bot mereka yang ditahan,” katanya.

Menurut sumber lagi, SPRM turut menyita wang tunai dianggarkan lebih RM21,000, barangan kemas dan jam tangan mewah daripada suspek.

Ketiga-tiga suspek ditahan antara pukul 11.50 pagi hingga 12.10 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM) Putrajaya di sini semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh mengesahkan penahanan tersebut dan berkata suspek akan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI