fbpx

Mourinho pertikai keputusan pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mourinho (tengah) kecewa apabila Spurs tewas pada aksi pembukaan EPL. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho terpaksa menerima hakikat tewas 0-1 kepada Everton pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin.

Ini adalah kali pertama Mou­rinho mencatat kekalahan pada aksi pembukaan liga sepanjang tempoh 20 tahun dalam karier kejurulatihannya sekali gus mencalarkan rekod cemerlang beliau dengan 11 kemenangan dan tujuh seri sebelum ini.

Pengendali berusia 57 tahun itu ternyata tidak gembira de­ngan cara kekalahan skuad bimbingannya menerusi tandukan penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-55 perlawanan tersebut.

“Saya tidak mahu mencari alasan terhadap kekalahan ini tetapi saya mengakui gol Everton sedikit pelik.

“Saya tidak berpuas hati kerana pengadil membenarkan Everton mengambil sepakan percuma lebih kurang lima meter dari hadapan kawasan yang
sebenar.

“Walaupun jarak itu cuma lima meter tetapi ia mampu membawa perbezaan ketara dari segi kelajuan dan lencongan hantaran seperti yang berlaku dalam perlawanan ini,” katanya.

Kekalahan itu pastinya memberikan tamparan besar buat Spurs yang akan menghadapi pusingan kelayakan Liga Europa menentang Lokomotiv Plovdiv di Stadium Lokomotiv, Bulgaria pada Jumaat ini.

Kurang beberapa hari kemudian Spurs terpaksa melakukan persiapan meneruskan saingan liga domestik menentang ­Sout­hampton di Stadium St. Mary pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI