fbpx

Kempen Beli Barangan Malaysia dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kiri) ketika merasmikan Program Kembara Pengguna, Program Jualan Malaysia (PJM) 2020 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di Sunway Putra Mall hari ini.

KUALA LUMPUR – Hampir 90 peratus pengguna menyambut baik pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dipromosikan menerusi pelancaran Program Kembara Pengguna, Program Jualan Malaysia (PJM) 2020.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, program itu dianjurkan bagi merangsang peningkatan pembelian barangan peruncitan tempatan di sekitar Kuala Lumpur.

“Pasca Covid-19 menyaksikan rata-rata pengguna mula keluar berbelanja sekaligus merancakkan kempen yang turut melibatkan 25 pusat membeli-belah di seluruh negara.

“Selain itu, kempen ini juga diadakan dalam usaha untuk mempromosikan barangan tempatan yang dikeluarkan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya dapat menembusi pasaran yang lebih besar,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan program tersebut di Sunway Putra Mall di sini hari ini.

Rosol berkata, sehingga kini terdapat lebih daripada 300 PKS di seluruh negara yang terlibat dalam kempen tersebut.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI