fbpx

Gudang curi air RM3 juta diserbu SPAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pit Mui (kanan) dan Nasir (kiri) menunjukkan sambungan paip sambungan haram di sebuah gudang penyimpanan barang dan alat ganti kenderaan di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Perbuatan jahat sebuah gudang penyimpanan barang dan alat ganti kenderaan mencuri bekalan air sejak setahun lalu dengan nilai RM3 juta terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa di Bandar Puncak Alam, hari ini.

Dalam serbuan pukul 9 pagi itu bagaimanapun tiada tangkapan dengan operasi dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) .

Eksekutif Kanan Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Loh Pit Mui berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati gudang tersebut telah melakukan dua penyambungan haram daripada paip utama milik Air Selangor iaitu sepanjang kira-kira 800 meter.

Katanya, sambungan tersebut bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian sejak gudang itu memulakan operasi sejak 3 September tahun lalu.

“Hasil ujian klorin di tapak sambungan paip di luar gudang itu turut mengesahkan bekalan air tersebut merupakan sumber air terawat.

“Gudang itu telah menggunakan air hampir 700,000 meter padu (m3) air sepanjang tempoh tersebut yang mengakibatkan Air Selangor menanggung rugi sebanyak RM3juta,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Turut hadir, Penolong Naib Presiden II Seksyen Penguatkuasaan Air Selangor, Nasir Othman.

Pit Mui menjelaskan pihaknya telah menyerahkan notis kesalahan mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda tidak lebih RM100,000 kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nasir menegaskan, pihaknya mula menjalankan siasatan terperinci berhubung kesalahan tersebut sejak Februari lalu.

“Semakan kami mendapati pemilik gudang itu tidak mengemukakan permohonan lengkap untuk mendapatkan bekalan air secara sah daripada Air Selangor.

“Kini, bekalan air dihentikan serta merta dan pemilik premis perlu menjelaskan semua nilai RM3 juta itu sebelum membuat permohonan baharu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI