fbpx

Empat kedai Aceh diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu kedai warga Aceh di Seksyen 32 yang diarah ditutup serta-merta oleh MBSA.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengarahkan empat kedai runcit yang dikendalikan warga Aceh ditutup serta-merta dalam operasi bersepadu di Seksyen 32, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata,  semasa operasi dilakukan kesemua pemilik premis tiada di lokasi kejadian.

Katanya, turut dirampas adalah beberapa tong gas memasak dan minuman berkarbonat.

“Sebanyak sembilan kompaun telah dikeluarkan masing-masing empat kompaun dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007.

“Selebihnya, empat mengikut Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007 Peruntukan 3 (1) dan satu dibawah Akta 171 Seksyen 109,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI