fbpx

3 lelaki simbah cat merah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki dipercayai terlibat dengan jenayah ugutan serta menyimbah cat di Pejabat MCA Cawangan Pasir Gudang ditahan polis di Negeri Sembilan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, tangkapan pada pukul 12.30 tengah hari itu dibuat sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

“Polis menerima laporan pada 16 Ogos lalu bahawa bahagian depan Pejabat MCA Cawangan Pasir Gudang disimbah cat merah, turut ditinggalkan sekeping nota bertulisan Cina.

“Sehubungan itu, polis berjaya menahan tiga lelaki berusia 29 hingga 46 tahun di sekitar Negeri Sembilan, Jumaat lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ismail turut memberitahu, siasatan awal dijalankan pihaknya mendapati ketiga-tiga suspek memiliki rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

“Ketiga-tiga suspek kini dikenakan tahanan reman manakala kes masih disiasat,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI