fbpx

1,042 notis dikeluarkan dalam Ops Khas Lebih Muatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanif Yusabra memeriksa sebuah lori yang melebihi muatan yang ditetapkan di Stesen Penguatkuasa di Labok, Machang hari ini.

Oleh BAHRUDDIN HATTA

MACHANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan telah mengeluarkan 1,042 notis bagi pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang Ops Khas Lebih Muatan yang bermula pada minggu lalu dan berakhir hari ini.

Ketua Pengarah JPJ Negeri Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, operasi yang bermula pada 7 September itu menyasarkan pemeriksaan terhadap kenderaan perdagangan khususnya lori Tipper Dumper yang membawa barangan melebihi muatan dihadkan.

Katanya, seramai 61 anggota terlibat dalam operasi kali ini yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari pejabat JPJ Negeri, cawangan dan Stesen Penguatkuasaan Negeri.

Menurut beliau, sebanyak 1, 009 buah kenderaan perdagangan dan 1, 319 buah kenderaan persendirian telah diperiksa dalam operasi kali ini.

“Kita berjaya mengesan sebanyak 850 kesalahan dengan 121 kesalahan lebih muatan, muatan bahaya sebanyak 56 dan lain-lain kesalahan sebanyak 491.

“Kesemua kesalahan itu melibatkan sebanyak 623 buah kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di Stesen Penguatkuasa JPJ Labok di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kutipan hasil sebanyak RM 561,623 telah berjaya dikutip sejak Diskaun Pengurangan Kompaun diperkenalkan bermula 1 Ogos baru-baru ini.

“Tempoh Diskaun Pengurangan Kompaun itu sepatutnya berakhir 30 Ogos, namun telah dilanjutkan sehingga hujung September ini” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI