fbpx

Warga emas hilang ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibawa keluar selepas ditemui oleh JBPM.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

BAU – Seorang lelaki warga emas yang mempunyai masalah nyanyuk ditemui mati selepas lima hari hilang dari rumah sejak Rabu lalu di sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, mangsa telah ditemukan oleh pasukan pencarian dalam operasi hari ketiga bersama bantuan orang kampung sekitar pukul 10 pagi.

“Jarak mangsa dijumpai ialah 600 meter radius dari rumah mangsa dan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang dikenali sebagai Kuan Joon Ted, 77, telah dilaporkan hilang setelah gagal balik ke rumahnya di Jalan Selalang sejak Rabu lalu.

Walau bagaimanapun, anak mangsa hanya membuat laporan kehilangan mangsa pada hari Sabtu dan percaya bahawa mangsa telah hilang di Pekan Tondong di sini.

Menurut anak mangsa, ayahnya yang nyanyuk sering keluar rumah berjalan kaki di kawasan Selalang ke Tondong melalui laluan Pan Borneo dan akan balik ke rumah dengan sendirinya atau dihantar balik dengan bantuan orang yang dikenali. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI