fbpx

Unit elit banteras jenayah alam sekitar ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Air dan Alam Sekitar (KASA) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan pasukan tugas khas elit dikenali Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS) bagi membanteras isu dan jenayah berkaitan alam sekitar di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Man Tuan Ibrahim berkata, unit berkenaan dijangka akan dapat beroperasi pada awal Oktober ini.

“Kementerian memandang serius berhubung kejadian pencemaran yang semakin berleluasa di Malaysia dan ia perlu ditangani secara holistik dan proaktif.

“Justeru, unit berkenaan ditubuhkan hasil kerjasama unit penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Biokeselamatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI