fbpx

Ujian MyNEPT nilai kekurangan, kelemahan usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Junaidi (kiri) menunjukkan isyarat bagus bersempena pelancaran MyNEPT di Menara Berkembat Bank Rakyat, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR-Para usahawan digesa menilai ciri-ciri individu mereka menerusi Sistem Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) yang dibangunkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ujian psikometrik itu boleh membantu usahawan mengenalpasti kelemahan dan kekurangan masing-masing.

“Walaupun usahawan ada kecenderungan sendiri, dia tidak ada kekuatan dalam sendiri dan ini boleh diratifikasi menerusi agensi-agensi berkaitan untuk menguatkan kedudukan dan kesinambungan dirinya sebagai usahawan.

“Sebagai contoh kalau usahawan ingin mencari rakan kongsi, mereka boleh mencari orang yang berlainan ciri-ciri supaya rakan kongsi itu boleh mengatasi kelemahan mereka,” katanya ketika melancarkan MyNEPT di Menara Berkembar Bank Rakyat di sini hari ini.

Terdapat 50 soalan untuk dijawab usahawan sebelum laporan psikometrik dijana. Soalan-soalan itu adalah berdasarkan lima skop analisa iaitu keterbukaan, sifat berhati-hati, senang bergaul, senang bersetuju dan ‘neuroticism’.

“Sejak laman web MyNEPT dibuka kepada orang awam khususnya usahawan dan bakal usahawan, seramai 10,000 usahawan telah menjawab ujian psikometrik.

“Disasarkan seramai 100,000 usahawan menduduki ujian ini dalam masa terdekat bagi membantu mereka menambahbaik ciri-ciri peribadi mereka sebagai usahawan berjaya,” katanya.

Menariknya, para usahawan turut boleh membuat perbandingan skor mereka dengan usahawan global.

“Skor ini turut menjadi penanda aras kepada usahawan-usahawan lain yang akan membuat ujian MyNEPT pada masa hadapan.

“Perbandingan ini sudah tentu tepat kerana penanda aras yang digunakan adalah daripada usahawan sebenar,” ujarnya.

Ujian tersebut boleh diambil secara online di laman web www.mynept.com menggunakan peranti komputer atau telefon pintar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI