fbpx

Suami isteri rayu bantu kos pembedahan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Amanda Qaireen Mat Kholt hanya boleh bergerak dengan hanya berbaring selepas badannya lemah akibat menghidap bengkak hati dan tulang reput.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

TUMPAT – Pasangan suami isteri memerlukan lebih RM100,000 untuk membiayai kos pembedahan menukar hati anak bongsunya yang kini menghidap bengkak hati dan tulang reput.

Nur amanda Qaireen Mat Kholt, yang berusia setahun lima bulan hanya mampu bergerak sambil berbaring selepas menjalani pembedahan membuang hempedu di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Jun tahun lalu.

Ibunya, Suzilawati Fauzi, 38, berkata, Nur Amanda kini terpaksa minum susu dengan menggunakan wayar menerusi hidung.

Katanya, dia terpaksa berhenti daripada bekerja kilang di Kuala Lumpur kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang dijaga suaminya, Mat kholt Inoi, 50, sering merengek sehingga badannya menjadi lemah

“Setiap bulan saya memerlukan perbelanjaan RM500 sebulan untuk membeli susu, lampin pakai buang dan saluran untuk memasukkan susu.

“Saya kini kehabisan wang dan terpaksa berhutang dengan ahli keluarga saya untuk membeli susu dan keperluan lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Katanya, keadaan kewangan keluarganya semakin sempit selepas dia berhenti bekerja sehingga mereka terpaksa menumpang di rumah ibunya di Kampung Bendang Pok Yong di sini selain hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM1,500 sebulan.

Menurut Suzilawati, sehingga hari ini, anaknya itu tidak menerima sebarang bantuan meskpun sudah banyak rayuan bantuan dipohon.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Suzilawati menerusi talian 017-9274404. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI