fbpx

Setor rumah ibadat terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang memeriksa sebuah setor rumah ibadat yang terbakar di Jalan Semarak Api, Ayer Itam, George Town di sini pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Sebuah setor rumah ibadat yang menempatkan perkakasan sembahyang musnah dalam satu kebakaran di Jalan Semarak Api, Ayer Itam di sini pagi tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 9.32 pagi dan tiba ke lokasi kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebahagian kecil alat perkakasan dan struktur bangunan setor dengan anggaran kemusnahan kebakaran adalah 40 peratus.

“Teknik pemadaman dilakukan dengan kaedah ‘offensive’ dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 9.42 pagi tadi dan dipadamkan sepenuhnya kurang 10 minit kemudian.

“Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian kebakaran itu dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.15 pagi,” katanya di sini.

Beritahunya lagi, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela yang berdekatan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan Unit Forensik Bomba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI